Dah lama tak update blog . Tetiba RINDU pulak . Memandangkan minggu ni kakak I cuti sem . Dia suruh ayu buatkan Congo Bar yang dia dah lama sangat craving . Ayu ni tak tau pon Congo Bar tu apa . For the first time dengar benda alah Congo Bar tu walaupun benda alah makanan tu dah lama diperkenalkan . Search punya search , baru ayu tau Congo Bar tu macam mana rupanya . Ayu rasa Congo bar ni dia lebih kurang Cookies + cake . Rasanya lah . Tapi mama kata Congo Bar ni macam kek bantat . Tak kisahlah kek bantat ke biskut lemau ke yang penting ayu nak cuba buat jugak demi merialisasikan impian kakak yang tercinta . Ayu selalu kalau nak buat something ayu tak search kat google je, ayu always search dekat youtube sebab kadang-kadang tak faham sangat kalau just baca resepi dan cara-caranya je . Mesti nak tengok secara visual macam mana dibuat baru faham . Ayu terjumpa satu video kat youtube ni , cara-cara untuk buat Congo Bar dan rasa tertarik dengan video tu sebab ada resepi kena timbang so susah sikit untuk yangHow to make Congo Bar by Farah Sophia :) tiada penimbang dirumah . So, ayu pun buat Congo Bar ikut resepi dekat video tu . Ni ha link dia . Thank you kak farah sophia for the recipe .
First sekali sebelum buat makanan kita perlukan bahan-bahan . Kalau tak , macam mana nak buat .
Bahan-bahan:
250g mentega , pada suhu bilik
1 1/3 cawan gula perang
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A ~ anggaran 60g sebiji
Sedikit garam
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (ayu guna tepung biasa)
2 cawan good quality chocolate chip (ayu guna jenama hershiey)
Cara-cara:
* panaskan oven pada suhu 160c
1. Masukkan mentega , gula perang dan esen vanilla . Gaul sehingga sebati sampai gula larut .
2. Masukkan telur satu demi satu . Lepastu masukkan garam . Gaul sehingga garam larut .
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit . Lebih kurang 3 kali . Gaul rata.
4. Masukkan coklat cip . (ayu masukkan coklat cip lambat sebab tak penaskan oven dari awal ) . Gaul rata .
5. Ratakan adunan kedalam loyang 12x12 inci (ayu guna 9x11 inci sebab tu je yang ada kat rumah . Dia jadi agak tebal sedikit lah . Tapi sedap je)
6. Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit almond ( tak perlu pon takpe, ayu letak supaya nampak lebih menarik )
7. Bakar selama 18 minit dengan suhu 160c (ayu bakar sampai 30-40 minit sebab nak atas crunchy dalam chewy)
Inilah hasilnya selepas dibakar
*warna dia takdelah gelap cemtu , ni effect camera je
Tu sahaja resepi yang mudah dan ringkas untuk buat Congo Bar .